Korea Utara dedah pelancar roket baharu mampu bawa kepala peledak nuklear

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, merasmikan majlis pelancaran rasmi sistem pelancar roket berganda berskala besar yang mampu membawa kepala peledak nuklear, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), hari ini.

Memetik laporan KCNA, Jong Un memuji sistem roket berganda 600 milimeter (mm) itu sebagai unik di dunia dan menyifatkannya sesuai untuk serangan khas, iaitu bagi melaksanakan misi strategik.

Jong Un menegaskan sistem senjata itu bertujuan sebagai langkah pencegahan terhadap musuh, namun Korea Selatan kekal sebagai musuh utama Korea Utara.

“Apabila senjata ini benar-benar digunakan, tiada kuasa yang boleh bergantung dengan kuasa perlindungan Tuhan. Ia benar-benar senjata yang hebat dan mengagumkan,” katanya.

Ketika Jong Un melawat kilang pengeluaran roket itu bulan lalu, pegawai dan penganalisis Korea Selatan berkata, ia berpotensi digunakan terhadap negara jirannya.

Korea Utara secara teknikal masih berada dalam keadaan perang dengan Korea Selatan dan serangan artileri berskala besar sudah lama dianggap sebagai strategi utama Korea Utara sekiranya konflik tercetus.

Korea Utara juga meningkatkan ujian peluru berpandu secara ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penganalisis berpendapat usaha itu bertujuan meningkatkan keupayaan serangan tepat, mencabar Amerika Syarikat (AS) serta Korea Selatan, selain menguji senjata sebelum berpotensi mengeksportnya ke Russia.

Korea Utara juga dijangka mengadakan kongres penting parti pemerintah pada awal 2026, yang pertama dalam tempoh lima tahun.

Dasar ekonomi serta perancangan pertahanan dan ketenteraan dijangka menjadi agenda utama.

Dalam perkembangan lain, adik perempuan Jong Un, Kim Yo Jong, mendakwa beliau sangat menghargai janji Korea Selatan untuk menghalang kejadian pencerobohan dron ke wilayah Utara daripada berulang.

Korea Utara mendakwa ia menembak jatuh sebuah dron pengawasan bulan lalu, insiden yang berpotensi menjejaskan usaha Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, untuk memperbaiki hubungan dengan Korea Utara.

Baru-baru ini, Menteri Penyatuan Korea Selatan, Chung Dong Young menyatakan rasa kesal mendalam berhubung kejadian itu.

“Saya hargai kenyataan rasmi Dong Young, yang mengakui pencerobohan provokatif dron berasal dari Korea Selatan ke ruang udara negara kami serta menyatakan kekesalan sekali lagi dan kesediaan mencegah kejadian berulang,” katanya. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *