Thailand–Kemboja Setuju Gencatan Senjata

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan, Thailand dan Kemboja bersetuju menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang semalam, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Trump berkata, persetujuan itu dicapai selepas beliau mengadakan perbualan yang disifatkannya sebagai sangat baik dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berhubung konflik berpanjangan antara kedua-dua negara.

“Saya telah mengadakan perbualan yang sangat baik pagi ini dengan Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Kemboja mengenai konflik jangka panjang mereka yang amat dikesali. Kedua-dua pihak bersedia untuk menuju ke arah keamanan,” katanya menerusi platform Truth Social.

Konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja kembali memuncak pada petang Ahad susulan pertempuran bersenjata yang tercetus pada akhir Julai lalu.

Kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain sebagai pihak yang memulakan serangan, selain mengesahkan berlakunya korban.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata, pertempuran sempadan terbaharu pada Khamis itu telah mengorbankan sembilan anggota tentera Thailand, mencederakan lebih 120 orang serta memaksa hampir 200,000 penduduk awam dipindahkan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Kemboja memaklumkan, setakat petang Jumaat waktu tempatan, jumlah penduduk yang dipindahkan akibat pertempuran di kawasan sempadan meningkat kepada lebih 300,000 orang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *