Thailand sokong pembinaan tembok keselamatan

NARATHIWAT – Polis Thailand menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan kerajaan Malaysia membina tembok keselamatan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia, khususnya di Kelantan yang disifatkan sebagai langkah paling berkesan membanteras jenayah rentas negara.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Prayong Kotsakha berkata, pembinaan tembok itu mampu mengekang pelbagai kegiatan penyeludupan dan pergerakan haram yang sering berlaku di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

“Polis Thailand khususnya di Wilayah Narathiwat menyokong penuh pelaksanaan tembok keselamatan itu kerana ia memberikan manfaat kepada kedua-dua negara daripada aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Usaha itu dapat membantu membanteras penyeludupan senjata, dadah dan barangan kawalan yang sering berlaku di sepanjang sempadan,” katanya kepada media Malaysia menerusi jurubahasa tempatan, baru-baru ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kewujudan tembok itu juga akan meningkatkan keupayaan pihak berkuasa mengesan dan mengekang aktiviti melintas sempadan secara haram berbanding keadaan semasa.

Mengulas sensitiviti komuniti setempat, Prayong tidak menafikan sebahagian penduduk di kedua-dua belah sempadan mungkin memberikan reaksi berbeza terhadap pembinaan tembok berkenaan memandangkan ramai mempunyai hubungan persaudaraan yang rapat.

“Kami mahu penduduk di sempadan menghormati undang-undang dan menggunakan laluan yang betul untuk berulang-alik di kedua-dua negara.

“Kita tahu polis Malaysia, khususnya di Kelantan amat menitikberatkan keselamatan apabila bertindak menutup pangkalan haram yang sebelum ini digunakan penduduk untuk berulang-alik,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, berkemungkinan laluan berkenaan digunakan penjenayah sama ada dari Thailand atau Malaysia.

Kerjasama operasi antara polis kedua-dua negara juga akan terus diperkukuh melalui mesyuarat bersama yang diadakan secara berkala, selain memastikan pembinaan dan pengurusan tembok itu tidak menjejaskan hubungan baik komuniti setempat.

Pada 21 Okt lepas, Bernama melaporkan, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata, tembok keselamatan itu akan dibina di sepanjang sempadan dari Tumpat hingga ke Tanah Merah. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *