PETALING JAYA – Suhidah Cookies tidak melepaskan peluang turut serta memeriahkan suasana Mini Konvokesyen Universiti Malaya yang sedang berlangsung di Parkir Dewan Peperiksaan, Universiti Malaya (UM), Petaling Jaya bermula hari ini hingga esok, 9 November.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif “Road to Convo” yang memberi peluang kepada pelajar graduan untuk mengambil jubah konvokesyen mereka menjelang majlis konvokesyen rasmi.
Lebih 8,000 pelajar graduan dijangka hadir sepanjang dua hari program ini, menjadikan ia satu platform terbaik untuk usahawan tempatan mempromosikan produk mereka kepada warga kampus dan orang awam.

Antara pempamer yang mengambil bahagian ialah Suhidah Cookies, jenama tempatan yang terkenal dengan pelbagai jenis biskut buatan sendiri.
Antara produk popular yang ditawarkan termasuk Chocolate Almond Slice, Suji Salju dan Pineapple Tart, yang dijual pada harga berpatutan iaitu RM25 satu botol, RM48 (dua botol) dan RM92 (empat botol).
Menurut pengasasnya, Suhidah Cookies sentiasa berusaha memperkenalkan biskut buatan tangan berkualiti tinggi dengan resipi tradisional yang digemari ramai.
“Kami melihat program seperti Mini Konvokesyen ini bukan sahaja sebagai peluang perniagaan, tetapi juga ruang untuk memperkenalkan jenama tempatan kepada lebih ramai pelanggan.

“Kami berharap biskut ini dapat memeriahkan lagi sambutan konvokesyen para graduan Universiti Malaya,” katanya.
Selain jualan biskut, para pengunjung juga boleh menebus kupon makanan dan minuman yang diberikan kepada staf Universiti Malaya di pelbagai gerai vendor sekitar tapak program.
Setiap khemah pempamer berukuran 10×10 kaki, dengan kadar sewaan RM700 bagi dua hari, manakala tapak di bahagian ‘corner lot’ dikenakan tambahan RM100.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan biskut lebih awal atau mengetahui lebih lanjut mengenai produk Suhidah Cookies, boleh menghubungi talian 019-2213463.
Mini Konvokesyen Universiti Malaya ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan dijangka menarik kehadiran bukan sahaja daripada pelajar dan kakitangan universiti, malah juga keluarga serta pengunjung luar yang ingin meraikan detik bersejarah para graduan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Saya boleh confirm, sedap!
Laris