Terbuka AS: Sivasangari cemerlang, Rachel dan Aifa tersingkir

KUALA LUMPUR – Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat 2025 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Philadelphia, semalam.

Pilihan ketujuh kejohanan itu tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman 11-4, 11-9, 11-9 dalam tempoh 21 minit di Arlen Specter Squash Center.

Pemain berusia 26 tahun itu akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Sana Ibrahim di pusingan kedua.

Bagaimanapun, dua lagi wakil negara Rachel Arnold dan Aifa Azman tersingkir awal selepas tewas dalam aksi pusingan pertama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rachel tewas kepada Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 7-11, 7-11, 9-11 manakala Aifa tewas kepada pemain ranking kedua dunia juga dari Mesir Hania El Hammamy 2-11, 5-11, 8-11. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *