Penunggang motosikal maut tercampak kemalangan di Sitiawan

IPOH – Seorang lelaki maut akibat tercampak selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Taman Nesa, Sungai Wangi dekat Sitiawan, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.34 malam, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda EX5 dan kereta jenis Honda Civic.

“Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an tercampak lalu terkena tiang pagar, namun pemandu kereta tidak berada di lokasi kejadian sewaktu ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Shazlean berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, operasi tamat pada 8.44 malam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *