Dana Awam: Kerajaan Perlu Serius Ambil Kira Cadangan Beberapa Pihak

PUTRAJAYA – Kerajaan harus memandang serius cadangan beberapa pihak agar mewujudkan dana awam nasional.

Dalam suasana ekonomi rakyat semakin mencabar, jurang sosial melebar, cabaran pendidikan dan peluang pekerjaan bagi anak muda yang terhad, memaksa negara memerlukan satu mekanisme baharu menyeluruh dan berkesan.

Ketua Setiausaha Sekretariat Orang Melayu, Datuk Wira Marzuki Yahya berkata, perlunya kewujudan Dana Awam ialah untuk membasmi kemiskinan pendidikan.

Katanya, banyak keluarga miskin masih tidak mampu menanggung kos asas pendidikan anak-anak seperti yuran tambahan, peralatan sekolah atau akses internet untuk pembelajaran digital.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Selain itu, untuk mengukuhkan ekonomi keluarga, yang mana ketua keluarga golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan pengangguran atau kos sara hidup tinggi boleh menerima modal kecil melalui dana awam untuk memulakan perniagaan mikro, pertanian moden atau pekerjaan gig yang lebih stabil.

“Dapat membina masa depan anak muda terutama lepasan sekolah, kolej dan universiti yang sering terperangkap dalam lingkaran pengangguran, bahkan menyediakan latihan kemahiran, geran inovasi dan sebagai dana pemula untuk mereka menubuhkan syarikat rintis.

“Dana awam tidak semestinya bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata. Ia boleh digerakkan melalui sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas, Khazanah, Tenaga Nasional dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Marzuki, untuk menjamin transparensi dan keberkesanan, dana awam ini mesti dikendalikan oleh badan bebas nasional yang dianggotai wakil kerajaan, NGO, akademik dan masyarakat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Diselia dengan audit tahunan yang diumumkan kepada rakyat dan menetapkan sasaran jelas seperti 1 juta keluarga keluar dari garis kemiskinan pendidikan dalam masa lima tahun.

“Dana awam nasional ini bukan sekadar projek kebajikan, tetapi pelaburan masa depan negara. Ia akan melahirkan rakyat berpendidikan, keluarga berdaya ekonomi serta anak muda berdaya saing.

“Kini masanya kerajaan menghidupkan kembali cadangan yang pernah dikemukan beberapa pemimpin terdahulu, bukan sekadar wacana, tetapi dasar konkrit yang dilaksanakan segera,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *