Saintis temui fosil mamalia berusia 74 juta tahun di Chile

SANTIAGO – Sekumpulan saintis telah menemui fosil mamalia bersaiz tikus kecil yang hidup pada zaman dinosaur di Patagonia, Chile.

“Yeutherium pressor” dianggarkan seberat antara 30 hingga 40 gram (sekitar satu auns) dan hidup pada zaman Kapur Akhir, kira-kira 74 juta tahun lalu.

Ia mamalia terkecil yang pernah ditemui di rantau Amerika Selatan, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada jisim daratan benua dikenali sebagai Gondwana.

Fosil berkenaan terdiri daripada “sebahagian kecil rahang dengan sebatang gigi geraham serta mahkota dan akar dua lagi gigi geraham,” kata Hans Puschel, ketua pasukan saintis dari Universiti Chile dan Pusat Penyelidikan Millennium Nucleus mengenai mamalia awal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penemuan ini telah diterbitkan bulan ini dalam jurnal saintifik British Proceedings of the Royal Society B.

Penyelidik menemui fosil itu di Lembah Rio de las Chinas di wilayah Magallanes, Chile, kira-kira 3,000 kilometer (km) di selatan Santiago.

Walaupun rupanya menyerupai tikus kecil, “Yeutherium pressor” adalah mamalia yang dipercayai bertelur seperti platipus, atau membawa anak dalam kantung seperti kanggaru atau opossum.

Bentuk giginya menunjukkan ia berkemungkinan memakan sayuran keras.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Seperti dinosaur yang hidup sezaman dengannya, mamalia kecil ini pupus secara mendadak pada penghujung zaman Kapur, kira-kira 66 juta tahun lalu. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *