Pemilik Tanah Aina mohon maaf kepada kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemilik dan pengasas Tanah Aina di Pahang, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil Sabri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri semalam.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu klip video berdurasi tujuh minit 28 saat yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

Dalam video tersebut, bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) itu turut merayu kepada kerajaan negeri agar kesemua saman terhadapnya ditarik balik.

“Kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jika saya ada membuat salah atau tersilap kata, saya memohon maaf sebanyak-banyaknya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya juga merayu agar kerajaan mempertimbangkan pemutihan terhadap resort-resort yang dibina berhampiran sungai kerana ia turut membantu menaikkan sektor ekopelancongan,” katanya.

Sebelum ini, beliau dikenakan saman sebanyak RM1 juta atas pertuduhan memfitnah kerajaan negeri pada tahun 2022.

Selain itu, Shariffa Sabrina turut berdepan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran, yang didakwa telah dijadikan resort dan tempat perniagaan – iaitu Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong, serta Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, masing-masing terletak di Raub.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *