Bas bawa 30 murid, lima guru Pasti kemalangan langgar pokok

SERDANG – Tiga murid dan seorang guru cedera selepas bas dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.18 tengah hari itu, bas membawa 30 murid dan lima guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ampang itu sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di jalan lurus dan berturap, bas terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bas itu kemudian melanggar sebatang pokok di lokasi kejadian mengakibatkan tiga murid dan seorang guru mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, individu yang cedera dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tambahnya, pemandu bas terlibat yang merupakan lelaki warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *