Dr Mahathir, Ahmad Zahid capai kata sepakat tarik balik saman fitnah, prosiding komital di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan secara baik dua tuntutan saman fitnah yang dikemukakan antara mereka.

Berita Harian melaporkan, Dr Mahathir selaku plaintif menarik balik saman yang difailkan terhadap Ahmad Zahid, 73, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu ‘kutty’, tanpa kebebasan memfailkan semula.

Sementara itu, Ahmad Zahid pula turut menarik balik saman fitnah terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukan bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.

Ahmad Zahid juga bersetuju menarik balik permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Dr Mahathir.

Prosiding itu berkaitan tindakan Dr Mahathir yang mengadakan sidang akhbar pada 5 Disember tahun lalu di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan beliau selepas memberi keterangan dalam samannya terhadap Ahmad Zahid berhubung isu ‘kutty’.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *