Pergaduhan di Genting Highlands, polis buka kertas siasatan

BENTONG – Polis Bentong telah membuka kertas siasatan susulan penularan sebuah video berdurasi 55 saat di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki, dipercayai berlaku di Sky Avenue, Genting Highlands, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, memaklumkan pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan kejadian itu pada Jumaat, masing-masing sekitar jam 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari.

Menurut Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami menyeru mana-mana individu yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaiham turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menyebabkan kekeliruan, memandangkan kes masih berada dalam perhatian pihak polis.

Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, dan pihak berkuasa sedang giat mengesan suspek berdasarkan rakaman video dan maklumat saksi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *