Program Race4Earth galakkan generasi muda jaga amanah alam sekitar

SEREMBAN – Seramai 95 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 menyertai program “Race4Earth: Alam Kita Amanah Kita” yang dianjurkan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Program itu dirasmikan Pengetua SMK Seremban 2, Normanida Abd. Rahman A.N.S, dalam satu majlis yang penuh bermakna dan interaktif.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta tanggungjawab bersama dalam memastikan kelestarian bumi.

Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, peserta didedahkan dengan isu-isu alam sekitar serta cara-cara praktikal untuk menjaga dan memulihara ekosistem.

Menurut Penasihat Program, Azlina Mohd Hussain, program seperti itu sangat penting untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja celik alam sekitar, tetapi juga bertanggungjawab dalam menjaga warisan bumi untuk generasi akan datang.

Penglibatan pelajar universiti dalam menganjurkan program ini juga memberi peluang mereka mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar.”


Pelajar SMK Seremban 2 yang terlibat menunjukkan minat tinggi dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Selain itu, program turut memperkukuhkan hubungan antara universiti dan sekolah, membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam usaha memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah.

Dengan kejayaan program ini, diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan di sekolah-sekolah lain bagi memastikan mesej kelestarian alam sekitar sampai ke seluruh lapisan masyarakat. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *