SHAH ALAM – Polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas yang menggemparkan penduduk Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati tiada bukti menunjukkan kejadian disebabkan perbuatan sabotaj atau kelalaian jenayah oleh mana-mana pihak.
“Setakat ini, tiada sebarang unsur khianat dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan seterusnya membawa kepada letupan,” katanya semasa sidang media laporan siasatan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan komprehensif telah dijalankan melibatkan pengambilan pelbagai sampel serta rakaman keterangan daripada 218 individu, termasuk mangsa, pihak pemaju, kontraktor, dan saksi bebas.
Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001