Aktivis kesatuan sekerja desak Menteri KUSKOP campur tangan pemecatan CEO YBR – Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Mantan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedict campur tangan berhubung pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Yayasan Bank Rakyat (YBR), Syaiful Rizal Abdul Ghani dan tiga pegawai yang lain.

Beliau menyifatkan notis pemecatan ke atas empat pegawai YBR itu, berkuat kuasa 25 April lalu tanpa dipanggil membela diri, dibuat tidak mengikut undang-undang dan tindakan itu disifatkan sebagai tidak berintegriti.

“Saya mahu Menteri KUSKOP segera campur tangan kerana tindakan memecat Syaiful Rizal bersama tiga yang lain boleh mengundang prasangka tidak baik kepada YBR, Bank Rakyat dan kementerian itu sendiri.

“Saya difaham Ewon Benedict tahu hal ini, tetapi mengambil sikap berdiam diri akan mengeruhkan lagi keadaan. Oleh itu, beliau perlu campur tangan untuk menyelesaikan kes ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Berdasarkan pengalaman saya yang memegang jawatan dalam kesatuan pekerja, tindakan Bank Rakyat dan YBR ini jelas bercanggah dengan Akta Kerja 1955, selain melanggar prinsip tatakelola dan keadilan asas,” katanya pada sidang media di sebuah café di Sungai Besi, dekat sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media kes pemecatan CEO dan tiga pegawai kanan YBR pada 25 April lalu, tanpa mengemukakan sebarang alasan kenapa mereka diberhentikan perkhidmatan.

Abdullah Sani berkata, jika benar pegawai berkenaan melakukan kesalahan, tindakan mestilah dibuat mengikut peruntukan undang-undang, bukan menyalahgunakan kuasa yang ada.

Menurut beliau, surat pemberitahuan “garden leave” diberikan kepada Syaiful Rizal pada 21 April 2025 tanpa alasan sah, dan penamatan perkhidmatan dilakukan secara mengejut pada 25 April hanya kerana tidak hadir ke pejabat walhal beliau telah diarahkan bercuti dan dilarang memasuki premis berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Undang-undang pekerjaan tidak mengiktiraf ‘garden leave’ sebagai asas pemecatan. Kalau ada salah laku, mesti ada surat pertuduhan, disusuli dengan siasatan dalaman dalam tempoh 14 hari seperti termaktub dalam Seksyen 14 Akta Kerja.

“Ini tiada alasan dikemukakan dan mendakwa pula telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), tetapi mana bukti itu? Kenapa sampai sekarang mereka tidak dipanggil untuk siasatan atau penahanan?

“Bahkan, dalam kes ini, Bank Rakyat tidak ada kuasa untuk campur urusan pentadbiran YBR, kerana yayasan itu berada di bawah bawah kelolaan Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri,” katanya.

Katanya lagi, Bank Rakyat bukan ‘stakeholder’ yang sah dalam YBR dan mereka sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memecat CEO yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.

Abdullah Sani menegaskan bahawa jika KUSKOP terus berdiam diri, maka ia seolah-olah merestui kezaliman yang dilakukan oleh pihak atasan terhadap pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan penuh dedikasi.

“Ini bukan isu individu, ini isu integriti sistem. Kita tidak boleh benarkan agensi kerajaan jadi alat membalas dendam atau memperkosa keadilan. Saya gesa KUSKOP tampil dan bertindak segera,” katanya tegas.

Beliau juga mempersoalkan kelewatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian sendiri dalam menyiasat laporan serta aduan yang telah dibuat, termasuk dakwaan audit dan laporan dalaman yang digunakan sebagai justifikasi pemecatan.

“Kalau benar ada salah laku, bawa ke mahkamah, beri ruang untuk bela diri. Tapi sekarang yang berlaku adalah perbicaraan tanpa penghakiman ini bukan keadilan,” tambahnya.

Kata Abdullah Sani, pihak yang melakukan ‘jenayah pekerjaan’ ini menular di peringkat tertinggi YBR, termasuk beberapa pegawai digantung kerja dan ada yang dipecat.

Jelas beliau, dalam undang-undang, tidak ada ‘garden leave’ dan kalau berlaku salah laku, pekerja itu mesti melalui saluran dibenarkan iaitu mengikut Seksyen 14, Akta Kerja 1955.

“Kalau Syaiful Rizal dan tiga pegawai kanan YBR dijatuhkan pertuduhan, mesti ada surat pertuduhan. Itu yang telah dimeteraikan dalam Mahkamah Perusahaan, yang telah dimaktubkan sebagai undang-undang.

“Tetapi, kalau (pertuduhan) tidak ada, ia (pemecatan) tidak sah di segi undang-undang. Itu jelas.

“Tapi mereka langgar, kerana mereka menganggap mereka berkuasa dan boleh ambil apa saja tindakan. Ini juga menjurus kezaliman kepada Syaiful Rizal dan rakan-rakannya,” ujar beliau.

Kata Abdullah Sani, dari segi kontrak, Syaiful Rizal mempunyai 31 bulan lagi, tetapi pelantikannya yang tidak sampai tiga bulan itu telah berakhir pada 25 April lalu.

“Justeru, saya sarankan KUSKOP lakukan siasatan dalaman dalam kes ini, termasuk melibatkan pengurusan Bank Rakyat dan YBR. KUSKOP tidak boleh berdiam diri, kerana kerajaan Madani tidak membenarkan kebobrokan seperti ini berlaku dalam agensi kerajaan.

“Siasatan secara adil dan telus perlu dilakukan supaya kecurangan dan penindasan ini tidak lagi berlaku kepada pegawai dan kakitangan organisasi itu,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *