Tujuh kenderaan rosak letupan setor buah-buahan di Klang

KUALA LUMPUR – Tujuh kenderaan mengalami kerosakan kecil berikutan satu letupan di sebuah setor buah-buahan di Bandar Baru Klang pada jam 5.21 petang ini.

Menurut Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Klang Utara, Shaharil Mohamad Hassan, hasil siasatan mendapati ketika kejadian semua kenderaan berada di tempat parkir kenderaan berhampiran setor buah-buahan yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan dari orang awam pada petang tadi selepas berlaku letupan di tempat penyimpanan buah-buahan itu,” kata Shaharil.

Menurutnya, enam anggota bomba dan seorang pegawai operasi penyelia telah dikerah ke lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan insiden itu dari orang awam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan juga mendapati pekerja berada di bahagian hadapan stor tersebut.

“Hasil pemeriksaan pihak bomba juga mendapati semua kenderaan mengalami kerosakan pada kadar lima peratus berikutan letupan itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.

Selain kenderaan, masjid bersebelahan setor penyimpanan buah-buahan itu turut mengalami kerosakan kecil di bahagian dinding bangunan.

Shaharil turut mengesahkan punca letupan masih dalam siasatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *