MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika yang dikesan berlaku kira-kira 1,402 km ke Barat Laut Kudat boleh menyebabkan keadaan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan.

MetMalaysia dalam notis Nasihat Ribut Tropika dikeluarkan pada jam 5.45 petang memaklumkan, keadaan cuaca itu menyebabkan pergerakan ribut ke arah barat laut dengan kelajuan lima km sejam, manakala kelajuan angin maksimum 83 km sejam.

Menurut MetMalaysia, berdasarkan pencerapan pada jam 5 petang tadi, ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 17.5 utara dan longitud 109.8 timur, iaitu 231 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *