PAS sasar sokongan bukan Melayu tak puas hati dengan kerajaan

PETALING JAYA – PAS menyasarkan pengundi bukan Melayu yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam persiapan menghadapi PRU16, kata Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau mengakui parti Melayu-Islam itu bergelut meraih sokongan bukan Melayu.

Tetapi, katanya, pengundi yang membentuk sokongan teras PH dilihat semakin lantang mengkritik kerajaan pimpinan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.

“Bagi sesetengah pengundi bukan Melayu, mereka tak suka pada PH, tetapi tak suka juga kepada PAS.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ini kita tengah fikir bagaimana cara kita boleh tarik (sokongan) mereka,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Beliau berkata, cabaran dihadapai PAS ialah mencari cara lebih meyakinkan untuk meraih kepercayaan pengundi bukan Melayu menjelang PRU16, selain perlu mempertahankan integriti dan imej bersihnya untuk mengekalkan sokongan anak muda.

Amar turut menegur Gerakan kerana kadangkala membuat kenyataan boleh memberi kesan buruk kepada PAS.

“…jangan buat kenyataan-kenyataan yang kadang-kadang menikam kita (PAS), saya kena berterus-terang dalam hal ini sebab kadang-kadang kenyataan daripada pimpinan Gerakan menikam, ‘backfire’.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Mereka kena jaga dan kawal sebab kita berada dalam satu gabung, kena ada ‘give and take’,” katanya sambil menambah PAS turut mengawal perkara sedemikian.

Beliau berkata, masih ada “banyak ruang untuk diperbaiki” Gerakan dalam menarik sokongan pengundi Cina, yang sebahagian besarnya menyokong DAP, dengan jentera dan gerak kerjanya perlu penambahbaikan, selain membina semula imej parti itu.

November lalu, Presiden Gerakan, Dominic Lau dilaporkan menggesa PAS mengisytiharkan ia tidak akan mengganggu hak kaum lain bagi meredakan kebimbangan orang bukan Melayu dan meningkatkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.

Namun, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan itu dengan berkata, Gerakan tidak sepatutnya menyalahkan parti Islam itu atas kegagalannya meraih sokongan masyarakat Cina.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *