KALAU ke Kampung Baru, Kuala Lumpur jangan lupa cari rumah tradisional Melayu lama ini.
Usianya lebih 100 tahun. Dibina sekitar tahun 1913, rumah ini merupakan salah satu rumah tradisional Melayu terbesar yang masih utuh berdiri sehingga ke hari ini.
Rumah kayu ini dikenali dengan nama Rumah Limas yang digelar oleh penduduk Kampung Baru.
Dengan mengetengahkan rumah tradisi limas yang asalnya boleh ditemui di Selangor, Johor dan Terengganu, rumahnya antara paling indah.
Pewaris rumah ini menceritakan ia dibina oleh arwah datuk dan ayahnya di atas tanah seluas 16,000 kaki persegi.
Dibina menggunakan kayu cengal serta meranti yang mana reka bentuknya mengutamakan aspek pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan kerana rumah itu mempunyai tiang tinggi untuk mengelak banjir.
Banjir besar Kuala Lumpur pada tahun 1970 menyebabkan Kampung Baru ‘lumpuh’ selama dua hari.
Mujurlah rumah ini mempunyai tiang tinggi, justeru ia terselamat daripada bencana besar itu.
Pernah ditawarkan RM 5 juta ringgit untuk jualnya tapi pewaris yang sudah berusia 78 tahun itu tolak dengan baik kerana wang bukan ukuran jika dibandingkan dengan nilai sentimental yang diwarisi daripada rumah itu.
“Rumah inilah mercu tanda keluarga saya dan terus diwarisi generasi akan datang,” katanya.
Dia mengakui tidak boleh menghalang pembangunan, cuma meminta kerajaan mengekal dan memulihara sebahagian rumah tradisional di Kampung Baru sebagai warisan budaya bangsa khususnya bagi orang Melayu. – Foto Jo-Ann Tan
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001