Ini mungkin Forum Nikkei terakhir saya – Tun Mahathir

TOKYO – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan tentang penyertaan terakhir beliau ke Forum Antarabangsa Nikkei yang ketika ini edisi ke-30 forum itu sedang berlangsung di sini.

Beliau berkata selama 30 tahun dirinya tidak pernah terlepas dari menghadiri persidangan membincangkan ekonomi, teknologi dan masa depan Asia itu, melainkan ketika jatuh sakit atau kekangan tertentu.

“Sepanjang 30 tahun ini, saya terlepas tiga kali kerana tidak sihat dan larangan COVID-19.

“Ini mungkin penyertaan terakhir saya untuk forum ini, saya menghargainya kerana ia menyediakan platform untuk berkongsi idea dan buah fikiran mengenai masa depan Asia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya harap Forum Nikkei terus sukses di masa mendatang,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam perkongsian sama, Dr Mahathir turut menyatakan pandangan beliau mengenai tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dilontarkan ketika forum terbabit.

“Ramai yang bertanya kepada saya tentang impak tarif Trump, saya jangka dalam masa tiga bulan Trump bakal menarik semula tarifnya kerana menyedari kesan buruk ke atas pasaran domestik mereka, harga import akan menjadi mahal.

“Sampai satu tahap, Trump perlu menyemak semula idea untuk mengenakan tarif ini. Pada ketika ini pun, kita sudah dapat lihat peranti elektronik dikecualikan daripada tarif tersebut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Malah Mahkamah Agung Amerika Syarikat sendiri mencabar kesahihan kuasa Presiden dalam mengenakan tarif,” jelas Dr Mahathir.

Topik lain dikupas di forum itu antaranya mengenai Dasar Pandang ke Timur yang dirintis beliau.

“Industri Jepun secara konsisten melakukan penyelidikan produk baharu termasuk rawatan penyakit. Saya kagum dengan budaya kerja mereka,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *