Penipuan internet: 15 warga asing termasuk dari Malaysia dipenjara di Nigeria

LAGOS – Seramai 15 warga asing dari benua Asia dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah di Nigeria atas kesalahan keganasan siber dan penipuan internet, semalam.

Menurut agensi anti-rasuah Nigeria, kes itu adalah yang terbesar di negara itu, seperti mana disahkan jurucakap Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC), Dele Oyewale.

Suspek termasuk 11 warga Filipina, dua warga China, seorang warga Malaysia dan seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan didenda satu juta Naira (RM2,682) selepas mengaku bersalah.

Mereka didakwa kerana merekrut rakyat Nigeria untuk melakukan pencurian identiti dan menyamar sebagai warga negara asing.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hakim juga memerintahkan supaya semua peranti dirampas dan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan Nigeria,” katanya.

Nigeria, negara paling ramai penduduk di Afrika, sering dikaitkan dengan penjenayah siber yang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai ‘Yahoo Boys’.

EFCC menyerbu beberapa lokasi persembunyian di mana penjenayah muda belajar menjalankan penipuan berkenaan.

Pakar jenayah siber turut memberi amaran bahawa sindiket jenayah siber asing sudah menubuhkan operasi mereka di Nigeria untuk mengeksploitasi sistem keselamatan siber negara yang lemah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut EFCC, kumpulan penjenayah asing merekrut rakan jenayah tempatan untuk mencari mangsa dalam talian melalui serangan ‘phishing’, di mana penyerang biasanya menipu mangsa supaya menyerahkan wang atau maklumat sulit seperti kata laluan.

Penipuan ini kebanyakannya menyasarkan warga Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Eropah, menurut agensi itu.

Disember lalu, EFCC menangkap 792 suspek dalam satu operasi di kawasan mewah Victoria Island, Lagos.

Sekurang-kurangnya 192 daripada suspek adalah warga asing, termasuk 148 warga China, menurut agensi itu.

Beberapa warga China lain juga sedang dibicarakan atas jenayah sama. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *