Dua maut, 5 lagi cedera Proton Saga bertembung 4 pacuan roda di Slim River

SLIM RIVER – Dua terbunuh manakala lima lagi cedera selepas kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan sebuah empat pacuan roda di Jalan Kampung Kuala Slim, Slim River, di sini, malam tadi.

Mereka yang disahkan mati ditempat kejadian akibat parah, dikenalpasti sebagai pemandu Proton Saga itu dan seorang penumpang, yang masing-masing berusia 73 tahun

Setakat ini, identiti semua mangsa belum dapat dikenalpasti lagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 8.19 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River ke tempat kejadian sebaik menerima laporan terbabit.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai bertembung di jalan terbabit.

“Pemandu dan penumpang kereta Proton Saga disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu dan empat lagi penumpang kenderaan pacuan empat roda hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sayani berkata mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – BH

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001 atau 010-8942252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *