Penjenayah maut ditembak di Bukit Jambul

GEORGE TOWN – Seorang penjenayah maut ditembak polis di Lintang Bukit Jambul di sini, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi ini.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan memandu sebuah kereta bersendirian dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, suspek yang merupakan warga tempatan itu terlibat dalam pelbagai kes jenayah termasuk pecah kedai dobi layan diri dan samun.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kes tersebut dalam masa terdekat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *