Bekalan ayam, daging cukup menjelang Aidilfitri – Menteri

KLANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan barangan asas seperti ayam, daging dan sayur-sayuran adalah mencukupi pada sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa memastikan bekalan berkenaan mencukupi di setiap lokasi.

Perkara itu katanya, turut dipengaruhi perubahan cuaca yang tidak berpanjangan, di mana mungkin berpotensi mengganggu kestabilan rantai makanan.

“Buat masa ini, keadaannya masih terkawal, Alhamdulillah,”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semua mencukupi. Tinggal esok (sehari) untuk raya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Syawal 1446H Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.

Namun, Mohamad mengakui pihaknya menerima beberapa aduan mengenai kekurangan bekalan di beberapa lokasi, namun katanya ia adalah kes terpencil dan beliau sudah mengarahkan FAMA menyelesaikannya dengan segera.

“Ada kelompongan satu, dua. Tak banyak aduan tahun ini. Amat kurang. Dan semua (bekalan) sampai kepada pengguna,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad menjelaskan kementeriannya hanya membekalkan barang keperluan namun pengawalan harga tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Program Semarak Syawal 1446H berlangsung di 262 lokasi di seluruh negara dari 22 hingga 30 Mac ini, dengan sasaran nilai jualan RM20 juta.

Antara pengisian program itu termasuk penjualan produk keperluan raya, pelbagai jenis kuih, ayam dan daging yang dijual dengan harga berpatutan.

Selain itu, jualan khas itu turut melibatkan penyertaan usahawan tempatan, pihak swasta serta agensi kerajaan yang menawarkan kombo MADANI. – Laporan Astro Awani

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *