Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

PETALING JAYA – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar minggu depan.

Beliau yang juga menteri kewangan turut mengumumkan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Menurutnya, bantuan itu membabitkan implikasi kewangan RM900 juta yang memanfaatkan 2 juta penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta pesara dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat penuh dedikasi,” katanya dalam kenyataan.

Pada 13 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyalurkan BKK Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presidennya Adnan Mat berkata pemberian BKK itu bagi meringankan beban perbelanjaan sempena Syawal.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *