Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah

Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah

PEMIMPIN Jordan, Raja Abdullah II menegaskan, negaranya mengekalkan “pendirian yang teguh menentang pemindahan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat” selepas pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Washington.

Trump sekali lagi menegaskan rancangannya untuk AS mengambil alih Gaza dan mengeluarkan rakyat Palestin dari wilayah tersebut semasa sidang media bersama Raja Abdullah pada Selasa (waktu tempatan).

Dalam sidang media bersama, Raja Abdullah tidak secara langsung menolak idea Presiden AS itu, namun beliau menasihatkan agar AS “tidak terburu-buru” dan memberi isyarat bahawa cadangan alternatif akan dikemukakan.

Dalam satu hantaran di platform X kemudian pada hari sama, Raja Abdullah berkata, terdapat “pendirian Arab yang bersatu” menentang pemindahan rakyat Palestin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Usaha membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan yang teruk harus menjadi keutamaan semua pihak,” katanya.

Abdullah turut menyifatkan perbincangannya dengan Trump sebagai “membina.”

Rancangan Trump melibatkan Jordan dan Mesir menerima berjuta-juta pelarian Palestin baharu, satu idea yang telah ditentang oleh kedua-dua negara tersebut. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *