Faiz Fadzil

Serangan Wan Fayshal berkaitan penswastaan MAHB gagal – Faiz

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal diminta menghentikan serangannya berkaitan penswastaan Malaysia Airports (MAHB).

Ini kerana kata Setiausaha Agung Amanah, Faiz fadzil, inisiatif kerajaan Madani itu telah dipersetujui hampir semua pemegang saham MAHB, sekali gus menunjukkan kepercayaan mereka bahawa penswastaan itu penting bagi membantu MAHB memperbaiki prestasi operasinya.

Kata beliau, setakat 24 Januari lalu, konsortium Gateway Development Alliance (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional dan KWSP telah menguasai 92.82 peratus saham MAHB.

Ini katanya, termasuk pegangan 40.85 peratus oleh GDA sebelum tawaran dibuat pada 6 Disember tahun lalu.

“Ini bermaksud hampir 88 peratus pemegang saham MAHB (saham yang tidak dimiliki GDA pada 6 Disember) telah bersetuju untuk menjual unit saham mereka kepada GDA.

“Hakikatnya, penswastaan MAHB tidak melibatkan penjualan aset negara kepada orang asing seperti yang dimomokkan Wan Fayhsal dan Perikatan Nasional (PN).

“Perlu diingatkan, semua 39 lapangan terbang bawah MAHB tidak pernah dimiliki oleh syarikat tersebut, sebaliknya dimiliki oleh kerajaan Malaysia. MAHB hanyalah diberi kuasa sebagai operator,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Faiz, selepas penswastaan MAHB, ia akan dimiliki oleh GDA, yang mana 70 peratus pegangan sahamnya dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Tambahan, ujarnya lagi, kerajaan Malaysia akan memiliki “golden share” dalam MAHB.

“Ini bermaksud sebarang keputusan berkaitan MAHB boleh diveto oleh kerajaan. Justeru, tidak timbul soal penguasaan orang asing sama sekali.

 

“Tahniah diucapkan kepada pemain pasaran modal Malaysia dan para pemegang saham MAHB yang tidak termakan serangan Wan Fayhsal dan PN. Sebaliknya, PN perlu buang agenda “anti-development” demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *