Saham Colform terlebih langgganan sehingga 41.82 kali

Saham Colform terlebih langgganan sehingga 41.82 kali

KUALA LUMPUR – Colform Group Berhad (Colform), pakar keluli dan bahan binaan yang mapan di Malaysia Timur, mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) untuk orang awam Malaysia telah terlebih langganan sebanyak 41.82 kali.

Colform menerima sejumlah 19,669 permohonan untuk 1,284,618,900 Saham Terbitan bernilai RM462,462,804.00 daripada orang awam Malaysia, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 41.82 kali.

Pengarah Urusan Colform Group Berhad, Kang Ket Hung berkata, beliau berterima kasih dengan sambutan menggalakkan daripada pelabur, yang menekankan keyakinan mereka terhadap keupayaan dan prospek pertumbuhan Colform di masa hadapan.

“Dana yang diperoleh melalui IPO ini akan membolehkan kami mengukuhkan lagi operasi, berkembang ke Semenanjung Malaysia dan mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal terkemuka penyelesaian keluli komprehensif dari konsep hingga siap.

“Kami menyampaikan perkhidmatan yang disesuaikan merangkumi reka bentuk, pengeluaran dan pemasangan, termasuk sistem pembingkaian Sistem Binaan Berindustri (IBS),” katanya.

IPO Colform terdiri daripada terbitan awam sebanyak 30 juta disediakan melalui undian kepada orang ramai Malaysia, dengan 15 juta Saham Terbitan untuk pelabur awam dan baki 15 juta Saham Terbitan untuk pelabur awam Bumiputera.

Sebanyak enam juta Saham Terbitan diperuntukkan kepada pengarah dan pekerja Kumpulan yang layak melalui Peruntukan Borang Merah Jambu.

Manakala 75 juta Saham Terbitan dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui penempatan persendirian dan 3.42 juta Saham Terbitan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

Sementara itu, sebanyak 54 juta Saham Tawaran diperuntukkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

Colform dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 10 Februari 2025 dengan Mercury Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal untuk Colform Group Berhad. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *