Cemas lari selepas ragut beg, lelaki maut langgar pagar kem PGA

Cemas lari selepas ragut beg, lelaki maut langgar pagar kem PGA

KUCHING – Seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan milik seorang wanita maut selepas merempuh besi pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batu Kawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohf Irwan Hafiz Md Radzi, berkata, kejadian berlaku selepas suspek, 32, meragut beg tangan seorang wanita yang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di Jalan Field Force Batu Kawa, di sini.

“Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pemeriksaan pengenalan diri mendapati suspek warga tempatan tempatan dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *