Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas

Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas

SEOUL – Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas, berhubung dakwaan penglibatannya dalam pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.

Menurut agensi berita Yonhap, pasukan penguatkuasaan undang-undang bersama yang menyiasat kes itu mengesahkan pada Jumaat bahawa Yoon telah diminta untuk hadir di Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) di Gwacheon, selatan Seoul pada 10 pagi.

Ini merupakan perintah kedua dikeluarkan terhadap Yoon selepas beliau enggan bekerjasama dengan permintaan awal minggu ini.

Keputusan untuk menjadualkan sesi soal siasat pada hari kelepasan am dipercayai mengambil kira isu keselamatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

CIO menyatakan bahawa notis panggilan telah dihantar melalui surat dan secara elektronik ke kediaman Yoon dan pejabat presiden di Yongsan.

Tidak seperti percubaan pertama, pegawai memilih untuk tidak menghantar sendiri dokumen itu berikutan keengganan pejabat presiden menerima dokumen berkenaan.

Siasatan tertumpu pada peranan Yoon dalam pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Disember, yang dibatalkannya berikutan undian di Parlimen yang membatalkan perintah itu.

Pasukan penyiasat sedang mempertimbangkan tuduhan pemberontakan dan salah guna kuasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jika Yoon terus mengabaikan perintah hadir tanpa alasan yang sah, CIO mungkin akan memohon waran mahkamah untuk menahan beliau sehingga 48 jam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *