AS tutup kedutaan di Kyiv susulan kebimbangan serangan udara Russia

AS tutup kedutaan di Kyiv susulan kebimbangan serangan udara Russia

KYIV – Amerika Syarikat (AS) telah menutup kedutaannya di sini berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan udara Rusia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam satu hantaran hari ini, kedutaan itu memaklumkan pihaknya “telah menerima maklumat khusus mengenai potensi serangan udara besar pada 20 November.”

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kedutaan akan ditutup, dan staf kedutaan diarahkan untuk berlindung di tempat selamat,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan itu turut mengesyorkan warga AS di Kyiv supaya “bersiap sedia untuk segera berlindung jika penggera serangan udara diumumkan.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Amaran itu dikeluarkan sehari selepas Kyiv memperingati hari ke-1,000 sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran pada Februari 2022, dan selepas Washington membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu ATACMS terhadap sasaran di wilayah Russia.

Menurut laporan media AS, Presiden Joe Biden telah memperluas kebenaran untuk Kyiv menyerang sasaran di Rusia sebagai tindak balas kepada penglibatan tentera Korea Utara di pihak Moscow.

Russia menyifatkan langkah itu sebagai suatu peningkatan konflik dan melibatkan Amerika Syarikat serta negara-negara Barat lain secara langsung dalam perang.

Kedutaan AS secara berkala mengeluarkan amaran mengenai serangan udara besar, termasuk pada Mac dan Ogos tahun ini, namun penutupan kedutaan merupakan langkah luar biasa. – BERNAMA-dpa

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *