Muhafandi Muhamad Astro Awani melaporkan
GUA MUSANG – Lima maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Mohd Junaizi Jusoh, 48; Shazwani Ismail, 39; Farhana Ismail, 35; dan Muhammad Fakrul Danish Mohd Junaizi, 20.
Selain itu, pemandu lori jenis Nissan, G. Mageswara, 53, turut maut dalam nahas tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.57 pagi sebelum 18 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi.
“Semasa pasukan tiba di lokasi, lima mangsa iaitu masing-masing dua lelaki dan wanita di dalam kereta jenis Perodua Myvi serta pemandu lori tersepit di dalam kenderaan dinaiki mereka.
“Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.
Nor Azizi memberitahu, anggota bomba juga meminta bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Pahang selepas 10 minit menjalankan operasi.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Menurutnya, lima mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan oleh anggota penyelamat bomba menggunakan peralatan khas.
Mangsa terlibat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 3.55 petang. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
