13 cedera bas bawa pelancong langgar belakang treler

13 cedera bas bawa pelancong langgar belakang treler

IPOH – Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di KM 230.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, dekat Taiping, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu pemandu dan pemandu pelancong, dan selebihnya tiga lelaki dan lapan wanita yang merupakan warganegara Jepun.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bomba telah melaksanakan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas seterusnya diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

“Operasi tamat pada jam 3.52 petang,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *