MANCHESTER – Bilik persalinan Manchester United diletakkan peranti pepijat sebelum perlawanan di Aston Villa.
Seorang pengecoh mendakwa dia bersekongkol dengan kakitangan di Villa Park untuk meletakkan peranti itu dua hari sebelum perlawanan Villa-Man United, yang berkesudahan 0-0.
“Ia melanggar aspek keselamatan dan timbul persoalan serius bagaimana ia boleh berlaku. Mujur tiada apa-apa yang buruk berlaku.
“Ia hanya satu gurauan, dari seorang peminat United yang hanya mahu mendengar apa yang diperkatakan dalam bilik berkenaan. Namun ia mencetus kebimbangan bagaimana mereka boleh masuk ke dalam bilik persalinan salah satu pasukan besar di Liga Perdana Inggeris beberapa hari sebelum perlawanan,” kata sumber.
Media British mendengar rakaman berkenaan tetapi memilih untuk tidak menyiarkannya.
Bagaimanapun, antara kandungan rakaman ialah arahan pengendali Man United, Erik ten Hag kepada pemain-pemainnya.
Man United mengharungi permulaan terburuk mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris – menghuni tangga ke-14 dengan hanya lapan mata selepas tujuh perlawanan.
Ten Hag, 54, memberitahu media selepas perlawanan di Villa Park, yang dia sangat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya. – AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252