Houthi lancar peluru berpandu hipersonik "Palestine 2"

Houthi lancar peluru berpandu hipersonik “Palestine 2”

TEL AVIV – Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama “Palestine 2” pada Isnin.

Serangan peluru berpandu itu dipercayai disasarkan ke Israel pada Ahad.

Houthis yang mengawal utara Yaman, telah melancarkan serangan ke Israel tengah dengan peluru berpandu untuk pertama kalinya pada Ahad.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel akan membalas serangan yang disifatkan harga yang tinggi kepada kumpulan Houthi

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang bergerak sejauh 2,040 km dalam hanya 11 setengah minit.

Sementara itu, seorang pegawai tentera Israel berkata peluru berpandu tersebut terkena pemintas dan berpecah di udara dan bukan dimusnahkan sepenuhnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *