PERIKATAN Nasional (PN) menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan hati yang terbuka.
Itu reaksi Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kekalahan calonnnya dalam PRK tersebut.
Menurut Muhyiddin, PN akan terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanan mereka.
Katanya, PN juga akan terus komited untuk berjuang membela agama, bangsa dan negara.
โSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Nenggiri yang telah mengundi calon PN.
โSaya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan petugas PN yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kempen PN di Nenggiri. Sumbangan dan penat lelah anda semua amat saya hargai.
โWalaupun kita mengharapkan kemenangan, kita menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi dengan hati yang terbuka. Yang penting kita terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanan kita,โ katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.
Semalam, keputusan rasmi PRK DUN Nenggiri menunjukkan BNย merampas kembali kerusi itu dengan majoriti besar 3,352 undi.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pengurus Pilihan Raya Nik Raisnan Daud ketika mengumumkan keputusan itu berkata, Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendapat 9,091 undi manakala Calon PN yang menggunakan simbol Pas, Mohd Razwadi Ismail mendapat 5,739 undi.
Dalam PRK itu, BN memenangi 17 daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM).ย
BN berhadapan pertarungan sengit di lima PDM iaitu di Kuala Sungai, Bertam Lama, Jerek, Renok dan Limau Kasturi di mana gabungan itu mengetepikan PN dengan kira-kira 50 undi atau kurang.ย
PN pula menang di Ladang SEDC, Kesedar Limau Kasturi, dan Pasir Tumboh.ย
Di Ladang SEDC, PN memperoleh majoriti 84 undi, 51 undi di Pasir Tumboh, dan 25 undi di Kesedar Limau Kasturi. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok:ย https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.comย /ย sales@nasionaldaily.comย / 010-894 2252
