"Nenggiri bersuara, hujan bermula dari hulu”

“Nenggiri bersuara, hujan bermula dari hulu”

ALHAMDULILLAH syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana telah memberi kemenangan kepada calon BN, Azmawi Fikri yang mewakili Kerajaan Perpaduan di DUN Nenggiri. Ianya hadiah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang tidak pernah meminggirkan rakyat di luar bandar.

Gelombang kemarahan rakyat terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan negeri telah bermula di Nenggiri ini. Ibarat ‘hujan lebat di hulu akan membanjiri ke seluruh pelusuk Kelantan’.

BN menang kerana gelombang anak muda dan pengundi luar telah kembali memberi sokongan dan bersyukur terhadap segala pembangunan yang diterima daripada Kerajaan Pusat selama ini.

Rakyat Nenggiri telah memberi referendum kepada kerajaan Pas bahawa cukup-cukuplah menarah hutan balak dengan rakusnya dan menjadikan kawasan hulu Kelantan sebagai mesin cetak duit kepada pimpinan mereka tanpa menghiraukan kesan buruk yang diterima.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rakyat Nenggiri bijak menolak politik hasutan dan fitnah yang dimainkan oleh Takiyuddin dan Annuar Musa sepanjang kempen tanpa menyentuh langsung cadangan penyelesaian terhadap masalah kemudahan asas air bersih dan permohonan tanah yang dihadapi oleh rakyat di sana.

Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub yang bijak mengatur strategi dengan tepat dan kena pada masanya. Beliau sentiasa fokus, tidak emosi, tenang dan teliti dalam setiap gerakan mematahkan serangan fitnah musuh di setiap sudut. Terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional dan parti Kerajaan Perpaduan di seluruh negara yang banyak membantu. – ND

Penulis, Noor Hariri Mohamed Noor adalah Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *