Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran

Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran

MUAR – Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, dipercayai melarikan diri dengan bersembunyi di daerah berdekatan.

“Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri setelah kejadian tersebut (dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya) sebelum membakar rumah, kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

“Suspek dipercayai masih berada di negeri Johor dan polis tidak menolak kemungkinan bersembunyi di di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Raiz Mukhliz berkata hasil semakan pihaknya, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Azman menjadi buruan kerana disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian pada 1.30 pagi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *