Israel pintas peluru berpandu Lubnan

Israel pintas peluru berpandu Lubnan

TEL AVIV – Sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel beroperasi dengan memintas serangan roket pada awal pagi Ahad.

Sekumpulan roket telah ditembak dari dekat sempadan utara Israel kira-kira 25 minit selepas tengah malam.

Media Israel melaporkan puluhan roket telah ditembak dari Lubnan ke arah Israel.

Pada 1 Ogos lalu, Hezbollah telah melancarkan roket di utara Israel sebagai tindak balas terhadap serangan maut Israel di selatan Lubnan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ini merupakan serangan pertama kumpulan itu selepas Israel membunuh komander tertingginya awal minggu ini.

Kumpulan Hezbollah meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, yang mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan akibat serangan oleh tentera Israel di selatan Beirut.

Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, empat rakyat Syria terbunuh dalam serangan Israel di Shamaa, daerah Hizbollah dan Israel telah berbalas tembakan hampir setiap hari sejak perang Gaza tercetus pada 7 Oktober tahun lalu. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *