Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia

Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia

MOSCOW – Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan 20 cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia, kata pengendali kereta api negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa, kemalangan itu berlaku pada Rabu malam di Republik Komi, Rusia, mengakibatkan sembilan daripada 14 gerabak tergelincir dan terbalik berhampiran Bandar Inta.

Russian Railways berkata dua mayat ditemukan di lokasi kemalangan dan seorang lagi hilang.

Sementara itu, agensi berita Interfax yang memetik maklumat diberikan perkhidmatan kecemasan, melaporkan sehingga 50 orang cedera dengan beberapa parah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kira-kira 200 penumpang dan 20 kru berada dalam kereta api itu pada masa kemalangan.

Punca kejadian dipercayai disebabkan oleh landasan yang terjejas selepas hujan lebat. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *