Penjual pisang goreng dipercayai lemas jatuh sungai

TUMPAT – Seorang peniaga pisang goreng dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya ketika sedang mencari udang di sungai Kampung Kutan Sungai, Wakaf Baru, dekat sini, hari ini.

Isteri mangsa, Zuhaidah Mohamad Salleh berkata, suaminya, Saidi Che Hassan keluar rumah kira-kira jam 9.30 pagi tadi untuk mengangkat bubu yang dipasang di sungai itu awal pagi tadi.

Katanya, kejadian itu disedari pekerja pam pasir selepas melihat bot dinaiki suaminya hanyut dan dia sendiri mengetahui kejadian berkenaan pada jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan penduduk kampung.

Kata Zuhaidah, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia diberitahu bot dinaiki suaminya itu ada kesan darah, dipercayai disebabkan terkena hentakan enjin bot.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya mengesyaki berlaku sedmikian kerana suami pernah beritahu enjin botnya rosak tiga hari lalu.

“Saya harap suami dapat ditemui walau apa jua keadaannya,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Baru, Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.17 pagi.

Katanya, pihaknya tiba di lokasi kejadian dengan kekuatan 13 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air, Pengkalan Kubor.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kerja mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *