SAYA merasmikan Locca Cafe, Dataran Pahlawan, Melaka yang merupakan Locca Cafe yang pertama diusahakan di bawah Program Pro-Retail (Sektor Peruncitan) MARA yang beroperasi di luar Lembah Klang dan merupakan Locca Cafe yang keenam di Malaysia.
Dengan kesibukan gaya hidup masa kini, masyarakat lebih memilih restoran yang berkonsep suasana moden, santai, ringkas dan Locca Cafe menjadi produk MARA yang membuka peluang proaktif bagi usahawan menceburi bidang ini.

Apa yang menariknya MARA akan memberi bimbingan sepenuhnya kepada usahawan termasuk latihan usahawan dan pentadbiran perniagaan.
Sebanyak RM750,000 diperuntukan untuk pembiayaan kepada usahawan yang mahu menjalankan perniagaan Locca Cafe ini.
Pada tahun ini sahaja, di bawah sektor Pembangunan Usahawan MARA memperuntukkan sebanyak RM469 juta di seluruh negara meliputi latihan usahawan, pembiayaan serta premis dan pembangunan industri.

Saya juga telah mengumumkan peruntukan MARA sebanyak RM20 juta bagi pembangunan usahawan di Melaka.
Semoga ia bermanfaat untuk semua bagi membangunkan agenda pemerkasaan usahawan yang seterusnya, sekaligus mencipta peluang ekonomi dan pekerjaan.
Turut bersama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yassin; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Shea Shoo Chin; ADUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen; dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA, Datuk Zulfikri Osman. – Nasionaldaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!