Shuhaily akur proses undang-undang, bersedia hadapi pertuduhan esok

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan kesediaannya menghadapi pertuduhan di mahkamah esok berhubung dakwaan mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 28 September lalu.

Beliau menegaskan akan menerima dan menghormati apa juga keputusan mahkamah, selain bersedia melalui proses perundangan negara tanpa mengetepikan prinsip undang-undang.

“Saya reda dan bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara. Saya menghormati apa juga keputusan dan akan hadir ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai proses pertuduhan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Majistret Sepang, pagi esok.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau sebelum ini menyifatkan usaha membawa perubahan bagi memperkukuh keselamatan sempadan negara mempunyai harga yang perlu dibayar, sambil memberi gambaran bahawa dirinya bersedia menanggung akibat daripada perjuangan berkenaan.

“Perubahan untuk memperbaiki keselamatan sempadan Malaysia mempunyai harga, dan harga itu ialah diri saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan dan mendoakan kelancaran tugasnya sepanjang memegang amanah sebagai Ketua Pengarah AKPS.

Beliau dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengembalikan kertas siasatan kes berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Saifuddin Nasution, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum keputusan lanjut dibuat berhubung tindakan perundangan yang akan diambil.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *