Peruntukan Disekat, Rodziah Tetap Teruskan Projek Amal Asam Pedas Bantu Rakyat Ampang

AMPANG – Ketiadaan akses kepada peruntukan untuk membantu rakyat tidak menghalang Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, meneruskan usaha kebajikan menerusi Projek Amal Rakyat Asam Pedas yang kini memasuki minggu kesembilan.

Rodziah berkata, program yang dilaksanakan setiap Jumaat bersama sukarelawan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang itu berjaya mengumpulkan hampir RM30,000 menerusi hasil jualan amal dan sumbangan orang ramai sepanjang sembilan minggu lalu.

Menurutnya, dana berkenaan digunakan untuk membantu penduduk yang berdepan kesulitan hidup, termasuk menyediakan bantuan kebajikan dan menyumbangkan komputer riba kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke universiti.

Beliau berkata, projek berkenaan bukan sekadar menjual makanan, sebaliknya menjadi antara usaha mengumpulkan dana bagi membantu penduduk yang memerlukan sokongan, khususnya mereka yang berdepan masalah kewangan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antara keperluan yang dibantu termasuk kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan kesihatan, tunggakan sewa rumah serta perbelanjaan bagi meneruskan kehidupan seharian.

“Walaupun peruntukan untuk membantu rakyat tidak lagi dapat saya akses, saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk menghentikan khidmat kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rodziah turut menghargai sokongan sukarelawan dan masyarakat berbilang kaum yang menyumbang dalam pelbagai bentuk bagi memastikan projek berkenaan dapat diteruskan.

Katanya, ada pihak menyumbangkan tenaga, manakala sebahagian lagi menyediakan bahan mentah seperti beras dan sayur-sayuran, selain menghulurkan sumbangan kewangan mengikut kemampuan masing-masing.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam pada itu, Rodziah membangkitkan isu pengagihan peruntukan Ahli Parlimen yang turut menjadi perbincangan di Parlimen, dengan menegaskan keperluan mewujudkan mekanisme yang adil dan telus tanpa membezakan wakil rakyat berdasarkan kedudukan politik.

Beliau mencadangkan supaya pengurusan dana peruntukan Ahli Parlimen diletakkan di bawah Parlimen dan Speaker Dewan bagi memastikan proses pengagihan dilaksanakan secara lebih adil serta tidak dipengaruhi kepentingan pihak eksekutif.

Menurutnya, peruntukan berkenaan sepatutnya dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat dan bukan dilihat sebagai kemudahan yang hanya berkait dengan kedudukan seseorang Ahli Parlimen.

Rodziah berkata, beliau akan terus memperjuangkan perkara itu sambil memastikan usaha membantu masyarakat Ampang tidak terhenti meskipun berdepan kekangan kewangan.

Beliau turut mengajak orang ramai yang ingin menyokong Projek Amal Rakyat Asam Pedas mendapatkan maklumat lanjut menerusi halaman Facebooknya, sambil menjelaskan sumbangan boleh disalurkan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada hari Jumaat sahaja.

“Saya tidak mampu melakukannya seorang diri, tetapi dengan sokongan sukarelawan dan masyarakat, kita boleh terus membantu mereka yang memerlukan.

“Kita mungkin berdepan kekangan peruntukan, tetapi jangan sampai semangat membantu rakyat turut terhenti,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *