Lelaki 38 Tahun Ditahan Kes Cemari Masjid di Tumpat

TUMPAT – Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian memecahkan pintu kaca dan mencemari ruang solat sebuah masjid di Kampung Berangan, di sini, pada 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, suspek ditahan di Kota Bharu petang semalam sebelum direman selama empat hari bermula hari ini hingga 20 Oktober bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai tiba dengan menaiki motosikal sebelum memecahkan pintu kaca Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Kampung Berangan, lalu menuang cecair berwarna coklat kehijauan di ruang solat lelaki dan di atas meja ceramah.

Cecair berkenaan dipercayai mengandungi campuran najis binatang, bulu, serpihan tulang serta ulat, sekali gus menyebabkan ruang berkenaan tercemar dan memerlukan kerja pembersihan menyeluruh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Susulan kejadian itu, kontraktor pembersihan terpaksa menjalankan proses sertu di hampir keseluruhan ruang tingkat bawah masjid bagi membersihkan kawasan yang terjejas.

Sebelum ini, polis mengesan suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *