Kisah di lautan: Catatan pengalaman mengelilingi dunia

Oleh Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin

RANCANGAN untuk mengelilingi dunia dengan kapal bermula beberapa tahun lalu semasa pengarang buku menulis mengenai perjalanan ahli fizik terkemuka, Albert Einstein dari Eropah ke Malaya sekitar tahun 1922 dan 1923.

Beliau cuba menghayati dan membayangkan bagaimana rasanya berada di atas kapal selama berbulan-bulan, merentasi lautan luas dan berhenti di pelabuhan-pelabuhan asing.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mengalami sendiri pelayaran mengelilingi dunia ini dengan mengambil kira tempoh masa, perbelanjaan, kesihatan diri serta cabaran terhadap daya tahan fizikal dan mental.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penulis buku, Profesor Dato’ Dr Roslan Shukor merupakan pakar bidang superkonduktor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pernah memenangi hadiah buku di peringkat kebangaan.

Beliau dan isteri telah belayar dengan kapal Pacific World selama hampir 100 hari bermula pada hujung Ogos hingga awal Disember 2024.

Sepanjang perjalanan pengarang berpeluang melawat pelbagai ceruk dunia dan mengenali individu dari pelbagai latar belakang, masing-masing dengan cerita dan motivasi tersendiri untuk menyertai pelayaran tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa buku mengenai Panglima Awang atau Enrique dari Melaka yang belayar mengelilingi dunia telah ditulis antaranya, oleh Syed Ibrahim Syed Mahadzir pada 2020 dan Zuliskandar Ramli (2018). Perjalanan menarik Anita Yusof mengelilingi dunia dengan motosikal pula ditulis oleh Noor Hidayah Shafiee pada 2016.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Namun, beliau tidak ditemui buku dalam bahasa Melayu yang mendokumentasikan pengalaman mengelilingi dunia melalui lautan yang penulisnya sendiri benar-benar telah menjalani perjalanan sedemikian kecuali Hasan Nawawi Abd Rahman (2003) wira daratan yang berbasikal.

Menyedari hal ini, Dr Roslan mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah catatan perjalanan mengelilingi dunia yang merakam destinasi yang dikunjungi serta kisah-kisah, perasaan dan pengalaman di sepanjang perjalanan itu.

Bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura, kemudiannya menyertai kapal Pacific World di Singapura pada 26 Ogos 2024.

Kapal itu berlayar ke arah Barat, singgah di pelbagai pelabuhan dan akhirnya menamatkan pelayaran di Yokohama, Jepun pada 1 Disember 2024. Dari situ, beliau pulang ke Malaysia melalui udara, menjadikan keseluruhan perjalanan ini terdiri daripada hampir 90 peratus pelayaran di laut dan selebihnya melalui penerbangan.

Di tempat-tempat di mana kapal berlabuh mereka menaiki kereta api, kapal terbang, kereta, bas dan bot untuk menjelajah destinasi-destinasi menarik.

Buku ini sarat dengan pengalaman sebenar penulis yang dipenuhi kisah menarik, pertemuan unik dan penumpang misteri serta refleksi dunia yang luas dan penuh kejutan. Ditambah pula dengan foto-foto menarik telah memperkukuhkan penerbitan buku ini.

Melalui penulisan ini, Dr Roslan berharap dapat berkongsi pengalamannya bukan sahaja dari segi tempat-tempat yang dilawati, tetapi juga bagaimana perjalanan itu mengubah cara beliau melihat dunia.

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang gemar mengenai cerita-cerita dari ceruk dunia yang eksotik serta bercadang untuk mengembara atau belayar mengelilingi dunia pada suatu hari kelak.

Pelayaran Peace Boat ke-118 oleh kapal Pacific World, berpangkalan di Jepun membolehkannya mengunjungi 22 destinasi di pelbagai benua.

Destinasi yang dikunjungi termasuk Terusan Panama, Machu Picchu di Peru, Pulau Canary di barat Afrika serta Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Antara pelabuhan utama disinggahi termasuk Hong Kong, Singapura, Port Louis di Mauritius, Port Elizabeth dan Cape Town di Afrika Selatan, dan Porto di Portugal.

Selain itu, Liverpool di United Kingdom, Belfast di Ireland Utara, Reykjavik di Iceland, New York, Amerika Syarikat, Cristobal di Panama, Pulau Easter, Tahiti dan Samoa di Lautan Pasifik.

Pelayaran itu dipenuhi dengan aktiviti kebudayaan dan pendidikan, serta kesedaran alam sekitar yang mencerminkan misi Peace Boat untuk mempromosikan keamanan dan kelestarian.

Kapal tersebut seberat 77,000 tan dengan kepanjangan 261 meter serta lebar 32 meter. Ia boleh menampung antara 2,016 hingga 2,419 penumpang, dan mempunyai 15 dek dengan 1,008 kabin.

Buku ini diterbitkan tahun ini oleh Penerbit UKM dengan harga RM60 senaskhah.

Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin ialah Presiden Persatuan Pendidikan Komunikasi Malaysia (MACE) dan Profesor, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *