CYBERJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa platform avatar kecerdasan buatan (AI) miliknya di aplikasi WhatsApp, dikenali sebagai PMX AI, kini sedang melalui proses penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaannya.
Menurut beliau, usaha memperkemaskan sistem itu masih diteruskan dan beliau sendiri baru berpeluang menguji fungsi berkenaan.
“Kami masih mengusahakannya. Saya cuma (baru) mencubanya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran AI Malaysia di sini, hari ini.
PMX AI yang diperkenalkan kepada orang ramai pada 26 Julai lalu bagaimanapun telah dihentikan sementara tidak lama selepas pelancarannya bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan.
Platform berkenaan dibangunkan bagi membolehkan rakyat menyampaikan pandangan, kebimbangan serta aspirasi mereka secara terus kepada avatar AI tersebut, yang disifatkan Anwar sebagai versi digital dirinya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001