Penguat kuasa rasuah: Kerajaan perlu tegas, perkenalkan hukuman sebat mandatori

Isu Pemindahan Gajah Dara, Amoi Dan Kelat: Beri Ruang SPRM Siasat Berdasarkan Bukti, Bukan Persepsi

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan orang ramai dan semua pihak berkepentingan perlu memberikan ruang serta kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi penguatkuasaan berkaitan untuk menjalankan siasatan secara profesional sehingga selesai.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, dalam isu pemindahan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) ke Jepun, berdasarkan perkembangan siasatan yang telah diumumkan, dakwaan berkaitan unsur rasuah melibatkan RM53 juta setakat ini dilaporkan tidak mempunyai asas, termasuk tiada aliran wang atau pembayaran yang dikenal pasti kepada mana-mana pihak berkaitan dakwaan tersebut.

Beliau menegaskan, sesuatu siasatan mesti berpaksikan bukti, dokumen, transaksi dan fakta yang boleh disahkan, bukannya semata-mata berdasarkan persepsi, andaian atau naratif mana-mana pihak berkepentingan.

“Kritikan terhadap institusi penguatkuasaan tetap penting sebagai mekanisme semak dan imbang. Namun, kritikan hendaklah dibuat secara bertanggungjawab dan tidak mendahului atau membuat kesimpulan sebelum proses siasatan disempurnakan.

“Sekiranya PKAM atau mana-mana pihak mempunyai bukti baharu, dokumen atau fakta kukuh mengenai unsur rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, bukti tersebut sewajarnya dikemukakan secara rasmi kepada SPRM untuk disiasat,” katanya.

Katanya, MCW akan terus menyokong siasatan yang bebas, telus dan berasaskan bukti demi memastikan kebenaran serta kepentingan awam sentiasa terpelihara.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *