Pengguna vlog Filipina maut ditembak lelaki bersenjata tidak dikenali

MANILA – Seorang pengguna vlog Filipina maut ditembak, manakala pasangannya cedera selepas lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka dalam kejadian di Caloocan City, utara Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Polis memaklumkan, mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala, manakala pasangannya yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Polis mengesan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal dan melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Pihak berkuasa menyatakan satu pasukan petugas siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti serta memberkas pelaku, selain menyiasat motif di sebalik kejadian tembakan itu.

Media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai seorang pengguna vlog yang dikenali sebagai “Mima Alicia”, yang nama sebenarnya ialah Alicia Lipata.

Beliau dikenali kerana menghasilkan kandungan ulasan politik di media sosial. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *