PAS Sasar Ulang Formula Johor Di Negeri Sembilan

Oleh NurFarhana Zulkeply

SEREMBAN – PAS dilihat sedang menyusun strategi politik yang berpotensi memberi kesan besar kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan mengulangi pendekatan penyatuan undi Melayu-Islam yang sebelum ini dilihat menguntungkan Barisan Nasional (BN) di Johor.

Perkembangan itu mencetuskan perhatian sama ada strategi mengarahkan penyokong PAS membantu calon BN di kerusi tertentu mampu mengubah corak persaingan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan.

Pemerhati politik turut melihat beberapa kerusi yang disandang tokoh utama PH berpotensi menjadi tumpuan sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu antara BN dan PH.

Antara kerusi yang sering disebut ialah Chennah yang disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, serta Sikamat yang diwakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Corak pengundian di Johor yang menyaksikan penyatuan sebahagian undi Melayu memihak kepada BN turut mencetuskan andaian senario sama berkemungkinan berlaku di Negeri Sembilan.

Dalam masa sama, Perikatan Nasional (PN) dikatakan masih berdepan cabaran menyatukan sokongan penyokong PAS dan Bersatu selepas beberapa perkembangan politik kebelakangan ini.

Penganalisis berpendapat sekiranya corak sokongan itu tidak berubah, keadaan tersebut berpotensi memberi kelebihan kepada BN dalam beberapa kerusi yang dijangka menyaksikan persaingan sengit.

Dengan tempoh kempen yang semakin singkat, perhatian kini tertumpu kepada sama ada strategi sokongan taktikal yang digunakan di Johor mampu diulangi di Negeri Sembilan dan seterusnya mempengaruhi keputusan PRN kali ini.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *